Friday, 27 December 2013

Sedarlah kita bahawa ...

Assalamualaikum haii . 
Okayy , apa yang utama dalam hidup kita nii . Pada pandangan saya lah kann , yang utama dalam hidup kita adalah AGAMA . yeah . Agama adalah yang utama . Kerana apaaa ? Kerana agama melengkapi semua aspek . Contohnya la kann , macam adab kita sesama manusia , adab makan , adab bercakap , adab menuntut ilmu dan macam macam lagi lahh . Kalau kita ikut ajaran Agama iaitu Agama Islam , sudah tentu hidup kita teratur . Agama Islam itu adalah Agama yang benar . Hukum hukum yang tercatat di dalamnya adalah hukum Allah . Sesungguhnya Hukum Allah itu adalah hukum yang terbaikk hukum yang paling teratas . Tidak ada hukum yang dapat menandingi hukum Allah . Allah sudah susun atur agama Islam dengan cantik sekali . Setiap apa yang Allah ciptakan itu bersebab . Setiap satu itu mesti mempunyai hikmahnya . Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu kalau tidak mempunyai fungsi . So , as seorang umat islam kita patut mentauhidkan diri kepada Allah , zuhud adalah sebaiknya. itu lah tujuan kita hidup di muka bumi ini .

Yang penting , solat kita kena jaga . Solat tu kan tiang agama . Solat hanya 5 waktu sehari . tak kan susah sangat nak buat kann . Kalau hati kita ikhlas , kita akan seronok je bila beribadah . Kalau hati kita tak ikhlas , tu yg macam nak tak nak je beribadah . Jagalah solat kita wahai orang mukmin . Sayangilah diri sendiri serta kedua ibu bapa kita . Tak ke kita rasa macam kita menzalimi diri sendiri kalau tak solat ? bukan kalau tak solat je , i mean kalau kita langgar perintah Allah . Ye laa , kalau kita ingkar perintah Allah ,kan kita akan dapat azab nya kendian , so itu bukan ke dikira sebagai menzalimi diri sendiri ? Tak rasa bersalah ke kita kalau kita ingkar perintah Allah . Kita patut sedar bahawa kita lahir di dunia atas kehendak Allah . Kita dapat merasai nikmat di dunia ini semua kerana Allah , tapi kenapa kita tidak laksanakan perintahNya ? Kenapa kita ingkar dengan suruhanNya ? Kenapa kita sering melakukan dosa ? Ya Allah , teruknya aku ya Allah . Ampunkanlah dosa dosa ku ya Allah .

Pleasee kita sama sama jauhi dosa . Kalau rasa rasa macam nak buat dosa tu ingatlah Allah . Ingatlah azab Allah . Kita sesama umat Islam sepatutnya memelihara agama kita sendiri . Kita sekarang berada di akhir zaman . Bila bila masa je akan kiamat . Allah akan murka dengan kita kalau manusia seperti kita ini sering melakukan dosa , sering ingkar terhadap suruhanNya . Sama-samalah kita pelihara Iman kita agar kita dapat jauhi daripada melakukan dosa . Tolong . Sama sama kita peliahara kesucian agama kita agar Allah tidak murka dengan kita . Kita tau kann , kalau Allah murka dengan kita , Allah akan beri bencana kepada kita sebagai iktibar . SubhanAllah . kalau bukan kita ( Umat Islam ) yang menjaga agama dan iman kita siapa lagi ? takkan kita nak harapkan orang luar ? kita sendiri yang harus bertindak . 

Sesungguhnya aku hanya ingin berkongsi . Aku tidaklah sebaik mana . Aku juga insan yang leka , alpa dan lalai . Tapi , sampai bila kita harus begini ? Sama sama kita perbaiki diri kita . InsyaAllah :)


 

ini lah masanyaaa :D

Assalamualaikum . haii . 
Rindu dekat budak budak dorm yg happy go lucky tuuu . kita orang penuh dengan drama . sikit sikit konon konon taouching la , marah la . macam macam la . setiap orang kerenah dia lain . tapi kitaorang satu kepala . and kitaorang budak budak form 5 Dorm B113 a.k.a Halimatussaadiah niii rapat sesangat dengan budak form 3 dorm kitaorang dengan budak budak form 3 lain pon rapat jugak . kitaorang create hubungan tu as member and as sibling . walaupun dorang junior and kitaorang senior , itu tidak membataskan pergaulan kitaorang dengan diaorang . mungkin ada sesetengah senior yg tak berapa nak rapat dengan junior kan , tapi kitaorang watlek wat peace ahh . rapat dengan budak budak tu lagi besttt . kenangan .

Tuesday, 24 December 2013

cerita ni tentang Ferry . ^^

Haii Assalamualaikum . 
Okayy , dah lama kita cuti kann . so tinggal berapa hari je lagi adik adik semua nak mula sekolah balikk . waaah seronoknyaaa sekolah . okayy , actually dah mula rindu dekat junior junior yang gila gila tuuu . okayy , nak cerita lah sikit pasal junior Dorm B113 ni . 

okay , kita start dengan budak katil sebelah . okay nama dia dirahsiakan . hehe . okayy i just bagi nama samaran dia je lahh . okayy nama samaran dia emmm Ferry . haha . okayy . Ferry ni seorang yang ....
Ferry : dia happy go lucky , sangat sempoiii , dia jenis yang selambee je . suka hati dia la kann dia nak buat apa . haha . dia jenis tak kisah la kau nak cakap apa pasal dia . dia tak kisah . asalkan dia tak buat benda yang dilarang Allah . kau nak kutuk dia ke apa ke . suka hati kau lahh . dia takkan kisah semua tu . tapi dia ni seorang yang sanagt merendah diri . emm . act dia ni cute taw . cuma sesetengah orang yang istimewa je yang dapat melihat kecomelan dia tu . emm macam aku . haha . mungkin orang lain tak perasan yang dia tu act cute . okayy . haha . yang ni kelakar bila ingat . haha . dia ni suka menyanyi and dia sangat suka buat lirik sendiri . haha . so , kitaorang selalu tergelak bila dia nyanyi . you know , rasa macam wow gituuu . haha . ye laaa tak sangaka yang dia ni macam tu suka nyanyi nyanyi . then has dengan ayu ni akan betul kan lirik dia . haha . okayy , then dia ni seorang yang ala ala rock gituuu la . tak berapa nak feminin sangat . then aku dengan has ni kitaorang memang suka fesyen fesyen niii . then one day aku beli dress online . so bila aku dah dapat , aku try la . budak budak dorm yang lain pun ada try jugak . tapi dia tak . dia tengok je . so , aku pun suruh la dia try . dia tanak , tapi aku suruh jugak . dia kata ' alaaa tak cantik la Ferry pakai ' then aku cakap pulak ' alaaa pakai je la dulu , mesti cantikk punyaaa . tak try mana nak tau . Ferry kena pakai , percaya kat akak ' so dia pun pakai la . dia memang malu la time tu . tak paa relaxs relax . then aku suruh dia pakai shawl , tapi dia tak reti . so aku pakaikan laaa . aku ajar dia how to wear a shawl . buat ala ala tutorial gituuu . haha . then , kitaorang suruh pulak dia pakai kasut tumit tinggi . kitaorang ubah cara dia jalan . supaya dia lebih feminin . hahha . memang kelakar la time ni . aku dengan hass tunjuk cara jalan . haha ntah macam apa dah kitaorang nii . tak paaa , demi adik kitaorang . kitaorang nak tengok dia feminin . takkan dah sampai kat U nanti dia nak still dengan rock dia tuu . hihi . so , Alhamdulillah dia dah berminat dengan semua semua tu . kalau ada function dia pakai shawl . sebelum ni mana ada . dia just pakai tudung bawal je . you know sangat sempoi . maju dahhh Ferry ni . hihi . and one day aku dapat surat daripada dia . dia ucapkan terima kasih kat aku sebab dah banyak ubah dia and dah banyak tolong dia . yeahh . ni yang aku nak . Ferry dah lebih feminin . okayy selain tu dia suka sangat tempah aku malam malam . 'kak yannn malam ni Ferry tempah kak yan taw ' tempah nak buat apaaa ? haaa dia tempah aku sebab nak cerita masalah dia and dia nak minta pendapat daripada aku . haha ngantuk macam mana punn tahan juga lah kannn demi adik yang sorang ni . tapi kadang kadang tu sampai tertido tido juga lahh aku . haha . kesian diaaa . haaaa . dia ni juga suka tarik telinga aku . sakit pulak tuuu . haha . bila aku bising bising ke gaduh main main dengan aja ke haaa time tu dia akan tarik telinga aku . hahaha . layaaaannnn ~ haha . 

okayyy . setakat ni je lahh dulu . habis cerita pasal Ferry . lain kali cerita pasal junior lain pulakkk . hee . wanna go outtt ! hihi . byebye !

Tuesday, 17 December 2013

khas buat kaum hawa . baca yaaa :)

Haii assalamualikum semua .
hanya sekadar ingin berkongsi . okayy . act agak pelik lahh jugak . juast wanna to know , okayy kat malaysia ni ada orang pakai tudung ada orang tak pakai tudung kann . bukan kat malaysia je , malah dekat mana mana pun . okayy yang pelik nya macam nii , bukannya mereka tak tau yang pakai tudung bertujuan untuk menutup aurat ni wajib kann . kita tak boleh pandang remeh tentang hal ni . okayy semua dah sedia maklum kan yg menutup aurat itu adalah wajib bagi seorang muslim . tapi , kenapa masih ada yang tak pakai tudung ? nak kata mereka tak tau , tak jugak . sebab benda ni kan memang dah belajar dekat sekolah . dari sekolah rendah lagi . cikgu cikgu selalu ingatkan murid murid nyaa . so , kenapa masih ada yang tak pakai tudung . pelik lahh . tak kira lah apa alasan sekali pun , menutup aurat itu adalah wajib . kaum hawa lebih manis bila bertudung . lebih cantikk . banyak kelebihan bila bertudung . jangan jadikan alasan sebagai penyebab kita mendapat dosa . okayy bukan nya nak cakap apa la , tapi you know dunia sekarang dah akhir zaman . tak rasa risau keee ? bila bila je nyawa kita boleh ditarik . bila bila masa je kita boleh mati . okayy , look cuba kita fikir sejenak . tak takut ke kita andai kata kita meninggal dalam keadaan yang tak elok as seorang muslim ? kita kena sentiasa ingat Azab Allah . okay , bukan kita tak tauu apa azab kalau kita tak menutup aurat kann ? kita dah belajar semua tu . so , jangan sia sia kan apa yang kita dah belajar . okay , apa tujuan kita belajar ? kita belajar untuk beramal right ? kalau tak , buat apa kita belajar kalau bukan untuk beramal ? kann ? baik tak payah belajar macam tu kann . okayy . jadilah seorang insan di bumi ini untuk mentauhid kan Allah yang Satu . hidup kita di bumi ini sebagai seorang perantau . Allah meminjamkan dunia ini hanya untuk seketika . ianya tidak kekal . janganlah sia siakan hidup kita . jangan sia siakan ilmu yang kita ada . bila cakap pasal mati , semua orang takut . tapi , tak takut ke kita bila kita buat dosa ? seronok ke kita bila kita buat dosa ? so , harap kita faham . apa fungsi kita di bumi Allah ini . tutuplah aurat dengan seeloknya . biarlah panas didunia jangan panas di akhirat . 

*take 5 dan berfikir sejenak .

cinta pandang pertama --- watch :)

Assalamualaikum . haiii . just nak berkongsi la kann . hee .
okayyy  finally dapat jugak beli jam tu . cinta pandang pertama la orang kata kann . hee . kebetulan pulakk jam yg sebelum ni dah rosak kann . so berpeluang la nak beli jam . jam tu online . faham faham je lahh . dah kalau online nii memang ayah tak bagi la . sebab ayah tak percaya dengan online shop ni . at first aku cakap dengan mak , nak beli jam . lepas tu mak tanya 'jam apa kak kau nak beli ? huhh memang cuak la nak cakap . ni baru mak, belum cakap kat ayah lagi . hehe . kay pandai bodek dapat lahh kann . hehe . okayy mak dah bagi permission . tinggal nak cakap kat ayah je lagi . hehe . cuak cuak . satu malam nii , ayah tengok kitaorang buat apa kat dalam bilik . ayah just kat pintu je la . masa ayah nak tutup pintu tuuu , aku panggil ayah . then aku cakap . 'ayaaaaahh , yan nak beli jam boleh takkk ?' pastu aku sengeh sengeh . hehe . dalam hati cuak je ayah marah . haha . pastu ayah tanya nak beli jam apa . aku cakap la nak beli jam tangan laa . jam yan yg tu dah rosak la yah . tali dah putus pastu cermin nya dah pecah . lagi pun jam tu kan dah 3 tahun yahh . pastu ayahh , macam emm 50 50 nak bagi ke takk . haha . pastu ayah kata haa ok la . pastu ayah tanya . jam yang kau nak beli tu online ke kak ? dengan takut takut nyaa aku angguk kepala . pastu ayah cakap la kau betul ke ni kak nak beli online . pastu dia cerita la kawan dia kat sekolah tu dah ramai yg kena tipu . pastu aku cakap la tapi tak smeua la ayah . pastu ayha kata memang la tak semua . kalau nak beli , beli kat kedai jam je la nanti . k aku pun diam je lepas tu . then masa satu hari ni ayah nak pegi bank ada urusan . ayah ajak mak , then aku pun nyibuk nyibuk la nak ikut . bosann duduk rumah . haha . then aku cakap dengan mak , mak nanti nak bank in taw jam tu . sebab mak dah janji . hehe . lepas tu dah sampai bank tuuu mak cakap kat ayah yg kau nak bank in jam tu . ayah cakap , kau masih nak jugak beli jam online kak ? alaa ayahh , kalau nak beli jam yg ori mahal laaa . pastu ayah ajak keluar sekali . at first aku tak keluar pun duk je dalam kete . pastu mak cakap , alaaa merajuk pulakk . pergi la tuu ayah tunggu tu . act mana ada merajuk punn . haha . then aku pun keluar , setelah selesai urusan ayah , ayah pun bank in kan la . hehe . thank youuu sangat sangat . hehe . just nak tunggu esok je . in sya Allah jam tu sampai . okayy . bye bye . :D

Tuesday, 3 December 2013

kejutan demi kejutan . :)))

Assalamualaikum . haiii duniaaaa aku dah freedom ! haha . alhamdulillah , aku dah lepas dari sekolah , dah habis SPM . hmm . harap harap lah keputusannya nanti boleh membuatkan aku gembira macam mana aku gembira bila dah freedom niii . hee .

actually , macam tak ada apa nak cerita punn . yeah ! baru teringat . sejak kebelakangan ni mak dengan ayah selalu buat aku terharu . datang melawat tak bagi tau punnn . tau tau je , pengumuman nama aku . bayangkan lah , time tu dah la tengah tido petang , sekitar jam 4 lebih gitu la . then , budak budak bilik kejut aku , kata mak aku datang . ehh serious tak percaya , ingat kan dorang just nak memain je . tapi act aku pun mcm dengar pengumuman nama aku tu . ye laa kan tengah tido . so aku ingat tu just mimpi je . haha . rupa rupanya betul . itu realiti lahh . dengan kelam kabut nyaaa aku pun terus sarung jubah , sarung tudung . done ! siap ! sampai bawah mak tanya , 'kak , baru bangun tido ye?' haha . aku dengan teragak agaknya pun angguklah kepala . takut kena bebel . almaklumlah SPM nak dekat dah time tu . boleh pulak aku nak tido . haha . mak bawak KFC . favourite tuuu . haha . btw pg tu aku mimpi mak datang melawat . haha . rindu dekat family kot , mayb mimpi tu petunjuk . haha . happy .:)))

lagi sekali mak datang melawat time minggu exam . hmm . ni lagi la terharu , time call tengah hari tu bukan nak inform nak datang . tau tau je call kata mak dah nak sampai ni kak . ahh sudahh . hujan lebat pulak time tu . redah je laaa . kann . mak datang bawak rendang daging ayam goreng . haduii mak memang pandai beli jiwa aku . datang melawat mesti bawak ayam . haha .

yang ni lagi terharu sangat sangat . pada 26 November 2013 bersamaan hari selasa . okay actually cerita nya macam ni . aku cakap kat ayah nak balik hari selasa memandangkan selasa tu last paper before start paper balik isnin next week tu . then ayah cakap . ayah nak ambik hari rabu . katanya banyak kerja  busy laaa tuu . aku tak nak . pujuk jugak ayah nak balik hari selasa . tapi ayah tetap jugak nak ambik hari rabu . aku tetap jugak nak balik hari selasa . last last , dengan cara yang berhemah ayah pujuk aku , aku pun redha je laa bila ayah nak ambik punnn . hemm , 
petang selasa : aku tengah makan kat dorm , tiba tiba kawan kawan yang kat bawah tu dok jeirt jerit nama aku kata mak aku datang , aku buat derkkk je lahh memandangkan tak berapa nak jelas . hemm . lepas tu yg sorang tu jerit punya lah kuat katanya mak aku datang . dah lama tunggu . aku terus melompat pi sarung baju kurung dengan tudung , dengan tangan yang tak basuh tuuu . aku terus turun . bila sampai bawah aku nampak wajah yang sangat aku sayangi iaitu mak . aku terus berlari ke arah mak and terus peluk mak . sumpah terharuuuu . sangat sangat . mak ajak balik . tapi nak buat macam mana , aku dah la tak kemas barang lagi , lepas tu pulak aku dah cakap dengan ayu yang aku baik hari rabu . kesian dia kalau tetiba aku balik hari selasa tu . dah la kitaorang tinggal berdua je kat dorm . memang dia takda kawan la nanti . haha . so aku cakap kat mak dgn ayah yg aku nak balik rabu . then before mak balik , mak bagi kek suruh share dengan kengkawan . mak pun baliklah ke rumah nenek yg terletak dekat sabak tu jugak . btw , time aku peluk mak tu , aku nampak mata mak bergenang . tapi aku tak tegur sbb aku takut aku nangis nanti . hihi .

itu lah ceritanyaaa . terharu bukannya apa . datang tu dah la bukan atas permintaan kita . lepas tu before ni punnn memang mak dgn ayah jarang datang melawat . setahun tu dua tiga kali je .  lepas tu datang tak habaq awai awai . memang suprise lahhh . haha .  kay i love my family .




Monday, 4 November 2013

here we go . SPM

 
Assalamualaikum . kita dah sedia maklum bahawa SPM tinggal lagi sehari je . lusa dah start SPM . waaaa . acano niii ? dah sedia ke belum ? hemm . benda yang paling ditakuti semasa menjawab exam nanti adalah apabila kita tiba tiba blank , blur , gelabah , gabra , nervous . hush , paling bahaya tuu . benda ni boleh menyebabkan kita hilang punca . habis terbang melayang apa yang ada dalam otak kita time tu , so hopefully Allah always by my side . kalau kita yakin dengan Allah , in syaa Allah Dia akan bantu kita . don't worry okay .
 
 
So, actually aku risau kalau aku tak dapat hadiahkan keputusan yang cemerlang untuk mak dan ayah . bukan apa la , aku tau mereka menaruh harapan yang tinggi dan menginginkan keputusan yang baik daripada aku . tahun ni ada 3 orang yg exam dalam family aku . UPSR , PMR , SPM . budak berdua tu dah lepas dahh , just tinggal aku je yang belum lepas . yang aku risaunya keputusan tuu nanti .. haish , apa la aku ni . exam pun belum dah fikir result . tak patut , tapi aku kena bangkit . cuba bayangkan kalau result aku sorang yang spoil . budak berdua tu ada harapan laaa dapat result okay macam yang mak and ayah nak . aku nii ? hmmm . takutnyaaa . apa pun aku kena yakin yang aku boleh buat . aku tak nak apa pun . aku just nak result yang boleh mengembirakan hati mak ayah . walaupun result aku tu tak dapat straight A pun , asal boleh buat mak ayah tersenyum dah cukup buat aku bahagia . kebahagiaan aku adalah kebahagiaan mak ayah . and the most important is hopefully aku dapat balas jasa mak ayah and apa yang aku impikan akan tercapai . amin . 

Friday, 1 November 2013

mamat poyo hipokrit . aku menyampahh .

tak tau nak gambarkan perasaan aku sekarang ni macam mana . tangan masih menggigil lagi , masih berdebar lagi . rasa bersalah jugak dekat adik aku . 

at first aku macam tak sedap hati bila izul keluar nak beli lauk tu , tp aku tawakal in syaa Allah dia selamat . aku dengar dah bunyi motor dia tu , tiba tiba aku dengar bunyi orang jatuh and bunyi hon kereta . aku usha dari pintu aku nampak adik aku accident kena langgar dengan kereta , hati dah berdebar debar aku ambil tudung terus lari pi sana . aku tengok mamat yg bawak kereta tu macam marah kat adik aku , bila aku sampai ,izul kata dia dah bagi signal dah , aku nampak sangat izul tengah bengang . mamat tu salah kan adik aku konon nya adik aku tak bagi signal . heiii buta ke , nampak jelas lahhh signal tu masih menyala lagi . nasib baik adik aku tak masuk bawah kereta , klau tak lagi bnayak air mata aku yg mengalir . lepas tu boleh pulak mamat tu buat baik , kononnya risau dengan adik aku . tadi marah dia . apakehal niii . menyirap la aku . tapi kay tak pa . aku diam je . aku tengok kan je . dengar je apa yg dia cakap . habis tu , aku cakap . 'sory encik , nak ganti rugi apa apa tak ni ?' lepas tu dia kata . 'eh eh tak pa . tak payah . saya bukan apa , saya risaukan adik tu je .' oooo hipokrit sungguh . huh . lepas tu ada akak tu keluar tak tau la awek ke tunang ke isteri ke , tp yg penting aku macam kenal akak tu . ada makcik tu tanya , ni anak cikgu zaleha kannn ? aku jawablah ha ah . makcik tu tanya ayah mana mak mana ? aku cakap lah mak dengan ayah pegi ambik adik kat rawang . lepas tu baru la akak dengan mamat tu tanya . adik ni anak cikgu ye ? anak cikgu sapa ? 'anak cikgu maszlan' akak tu act cikgu sama sekolah dengan ayah . then baru la depa nak call ayah . ooo , kalau bukan anak cikgu maszlan tak call la ? banyak cantik . adik aku terincut kut jalan . nasib baik motor yg masuk bawah kereta . ramai jugak lah orang yg berhenti tengok . then ada membe sekolah rendah aku ni berhenti and dia tolong angkat adik aku and motor . so aku settle dulu dengan akak dgn mamat tu . last last mamat tu bagi duit 20 ringgit untuk bawa adik aku pi klinik . aku tak nak la ambik duit mamat tu . menyampah . tak pa . nanti aku bagi kat ayah suruh ayah pulangkan balik duit tu kat mamat poyo hipokrit tuuu . dia yang slah . dah terang lagi bersuluh adik aku bagi signal , yg kau nak potong jugak pehal , bawak laju pulak . lepas tu kata adik aku bagi signal last minute la bagai , masuk simpang mengejut la bagai . dah nampak signal mseti la nak belok . yg kau pun nak bawak laju pehal . tau jalan kampung kannn ? tau la kau tu nak pi sungkai . hehh . menyampah aku tengok muka mamat tuuu . rasa nak ganyang ganyang . agaknya kalau aku tak datang tadi mesti kau marah adik aku kannn ? dah salah kan adik aku , lepas tu kata 'saya cuma risaukan adik tu je' eeeeiiiii tak payah la hipokrit sangat . aku nampak laaaa . huhh . menyampah laki macam tu . hipokrit . nasib baik dia tak salahkan aku sebab bagi adik aku bawak motor . klau tak , siap kauuuu . huhh . menyampahh .

kenangan 1 / 11 . aku akan merindui nyaaa . :)

haiii . Assalamualaikum . 
hari ni 1/11 . dah masuk november dahh kann , lagi 4 hari nak SPM . ayooook . mesti cuak kannn ? tak pa tak pa . just relax okayyy . jangan gelabah gelabah nanti blur , blank , lupa apa yang kita dah study tuuu . salawat bebanyak okayy . doa banyak banyak . yg penting kita dah usaha , doa , and kita mesti kena tawakal kepada Allah . mesti kena yakin pada diri sendiri . yeahh . kejayaan untuk semua orang . kann ? kalau ada masalah tuuu . tolak lah tepi , lupakan dulu pasal masalah tuuu . jangan membebankan otak tuu sangat okay , kalau tak pun settle dulu problem tu before SPM mariii . lagi berapa hari je niii . cepaaat . jangan bertangguh taw . hehe . peringatan untuk diri sendiri jugak niii . good luck . all the best yaaa .

1/11 ni jugaklah hari last bersekolah . ya Allah sedihnyaaa masa tinggalkan bilik LK tadiii . lepas ni dah tak da nak hantar kedatang kat pejabat dahh , dah tak payah ambil buku kedatangan lagi dah , hmm . sedih . sob sob . lepas ni stay dewan je . hehe . buat apa lagi kat dewan tu kalau bukan SPM . haha . and after SPM , kita horaaaaiiii . conteng baju , conteng kasut . moh le kite buat corak sendiri dekat baju tuuu . hehe . dah tak payah pakai lencana , name tag bagai tuuu . hehe . im freeeeeeeeedom . waaaah , seronoknyaaaa . hihi . mana yang masih bersekolah tu , teruskan usaha anda ye . belajar rajin rajin ye adik adik . hehe . 

1/11 ni jugak lah aku dapat 20 ringgit . haaa . nak tau mana dapat ? 20 ringgit tu cikgu Zaliha bagi . heee . cikgu Zaliha tu guru kelas aku . dia bagi sebab kedatangan aku sorang je yg penuh . terharu kannnn ? tak sangka . hee . dia bagi time kat bilik guru . then lepas tu aku masuk kelas aku batak batak la dekat depa , aku cakap aku dapat duit dari cikgu Zaliha 20 ringgit . tapi depa tak percaya . depa ingat aku tipuu . ye laaa aku ni kan suka loya buruk . hehe . lepas tu aku tunjuk laaa duit nyaaa . kipas kipas sikit . hehehe . baru la depa percaya . lepas tu depa tanya , kenapa cikgu bagi . aku cakap laaa sebab kedatangan aku sorang je yg penuh . hehehe . time tu masing masing muka entah macam apa entah . haha . aku gelak je laaa . rezeki namanya niii . yg penting rasa berterima kasih sangat kat cikguuu . sayang cikguuuu . heee .

so , macam macam kenangan tahun ni . tahun ni best sangat . tahun paling happening . sebab kitaorang kamcheng satu kelas . best laaa . even aku selalu bising bising membebel la apa la , depa selalu jugak buli akuuu  dengan budak perempuan , mentang mentang lah kitaorang 8 orang je . tapi benda tu la yg membuatkan hubungan antara rakan sekelas makin akrab . hihi . happening nyaaaa . kadang kadang kitaorang share cerita share masalah , gossip sama sama . haha . kelakar . bahan sana bahan sini . usik sana usik sini . gosip sana gosip sini . yg penting depa boleh bagi kerjasama la . even ada sesetengah tu macam sengall sikit . tapi depa best . ada je kerenah yang mencuit hati . hihi . best , sumpah tak tipuuu . even depa selalu buat aku menyirap pepagi buta . tapi kitaorang sempoiiii . 

okayyy . penat ohh menaip . esok lusa tulat ke kita sambung lagi . so , good luck SPM . maafkan aku , doakan aku . :)

Sunday, 15 September 2013

hee .

Assalamualaikum . 

emmm , kay dah baca . 5 tahun ? lama tuuu . kalaw nak dibandingkan yang tak sampai 2 tahun nii . hemm memang tak lahh . k tak tau nak cakap apa dahh . just semoga that girl terima dia and mereka bahagia . dia bahagia aku pun bahagia . that all . byebye :)